satu
dua
tiga
empat

Monday, February 18, 2013

Seperti Dulu



Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Sunday, February 17, 2013

Wahai Si Penerima Hati ku



Hari demi hari berlalu..
aku masih lagi ketinggalan...
sambil mencantumkan setiap derai hati yang telah berkecai..
dengan harapan ianya kembali pulih''
untuk ku berikan kepada seseorang yang mampu menerimanya setelah hancur sekian lama...

wahai si penerima hati ku...aku tidak mengenali mu...aku jua tidak pernah bersua muka dengan mu...tetapi ku harap...kamu akan menerima hatiku ini dengan seikhlasnya...
Wahai si penerima hati ku...aku minta agar kamu tidak menyakitinya seperti mana ia telah tersakiti suatu tika dahulu....
Dan wahai si penerima hati ku...

Terima Kasih....Terima Kasih....
kerana kamu mahu menerima nya...


Thursday, February 14, 2013



HIDUP ini susah kita nak DUGA :
Kadang-kadang kita rasa DEKAT
dgn seseorang itu , tapi
sebenarnya JAUH .
Walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN
dia , belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI .
Mungkin kita boleh buat dia
KETAWA ,tapi kita tidak tahu apa
makna sebenar SENYUMANNYA .
Bila dia MENANGIS,kita sangka kita
dapat MEMUJUKNYA, walhal
kehadiran kita langsung TAK
DISEDARI ..

Rencah Dunia...
kita tidak akan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN sehingga sampai satu saat kita TERSUNGKUR JATUH' adakah tangan DI HULURKAN atau kita DI TINGGALKAN....

ikhlas ~AF~

Sunday, February 3, 2013

Jangan Terlalu Berharap,Nantikan Kecewa


Tak salah meletakkan harapan, 
tapi letaklah sekadarnya, 
kerana segalanya belum pasti, 
belum tentu dalam ketetapan Ilahi. 
Risau nantikan kecewa, 
nantikan sukar menerima, 
andai perkara menjadi sebaliknya. 
Namun percaya dengan janjiNya, 
itulah jalan yang sebenarnya. 
Hati itu,Iman itu, 
perlu mantap, 
agar kaki bisa berdiri, 
tabah mengharungi. 
Namun andai itulah takdirnya, 
berbahagialah wahai hati, 
tercapainya satu impian, 
termakbulnya satu doa, 
apapun yang terjadi, 
bersyukurlah, 
kerana ujian itu, 
buat insan yang Dia sayangi... 

Friday, February 1, 2013

Di Lamun Rindu




Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi
Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Mengapa kau menghilangkan dirimu
Katakanlah salahku
Sehingga kau hancurkan hidupku

Berikanlah kesempatan untuk aku menjelaskan
Agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
Tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
Kerna aku disalah mengerti


Tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
Kerna ku telah berjanji
Cinta kita kan abadi
Tak perlu kau mengkhianati
Cinta yang luhur dan murni
Di atas tohmahan orang lain

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita bersama
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Thursday, January 31, 2013

Awak, Sudi Tak Maafkan Saya?



Awak...
sudi tak maafkan saya...
saya tau,awak marahkan saya...
saya tau,awak cuba bencikan saya...
saya tak kisah,mungkin itu balasan saya....

saya tak salahkan awak,mungkin semua yang jadi kat saya,dekat hati saya...ujian buat saya....atas salah saya selama ni....

maafkan diri saya,seandainya melukan hati awak,saya cuma insan biasa...yang keliru..

Awak''kalau lah saya dapat Terbang Tinggi,saya nak sangat terbang ke hujung dunia...sampailah awak betul maafkan saya...dan saya boleh balik dengan tersenyum..

kalau boleh,saya nak nyanyikan lagu ni untuk awak,tapi sayangnya....gitar saya tak sehebat gitar orang lain...lagipun awak mesti taknak dengar...tak pela...biar jer dia yang nyanyikan untuk awak''

Untuk awak--->>


Setiap apa yang berlaku
Pasti ada hikmahnya
Dan setiap apa yang terjadi
Memberi satu pengajaran
Untukku teruskan hidup ini
Yang memberiku satu makna
Akan ku tabahi semuanya
Ujian telahpun nyata
Biarpun pedih akan ku telan
Dengan wajah senyum ku
Dan ku berdoa
Agar Tuhan beriku bahagia
Maafkan diriku ini
Oh kasih
Seandainya melukakan hatimu
Janganlah dibenciku
Ku hanya insan biasa
Yang keliru
Jika lah aku dapat berterbangan tinggi
Akan ku pergi ke hujung duniaku
Maafkan diriku
Terlanjur menumpangi
Ku hanya ingin bahagia
Kembalilah padaku
Ku rayu kepadamu


Awak Terlalu Baik Buat Saya Tanpa Awak Sedar



Mungkin.....
Mungkin saya pernah di sakiti...
bukan sekali....
tapi untuk kedua kalinya...
saya cuba cari peluang,untuk perbaiki apa yang terjadi..
tapi saya tak pernah jumpa peluang itu,
mungkin bukan masanya lagi...Pernah satu ketika saya membenci segalanya,hidup seakan gelap tanpa satu pun cahaya,seminggu,sebulan,malah setahun,tapi ternyata dengan kebencian ianya tidak membawa sebarang makna....
saya mula membentuk hati...menerima segala yang tertulis di dalam takdir,

mungkin saya disakiti,
mungkin saya di khianati....
tapi sekali pun saya tidak pernah lagi untuk membenci atau menyalahkannya...kerana mungkin ianya juga berpunca dari saya....
saya tidaklah sebaik orang yang kamu kenal...malah lebih teruk lagi....mungkin kita tidak pernah bersua,kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain...
tapi saya percaya....kamu lebih baik dari apa yang mereka katakan...

bila kamu ketawa...
aku yang tenang...bukan mereka...
bila kamu menangis...
aku yang terasa...bukan mereka...
bila kamu sunyi...
aku cuba mencari waktu mendamaikan...
tapi mereka yang meraikan..
bila kamu baran..
aku cuba menjauh....
tapi bukan untuk selamanya....

bila aku meminta...
aku di tolak...
tetapi aku tetap di situ....
disitu...dan setia di situ.....

menahan segala arus yang kamu bawakan...
mendengar segala cerita yang kamu laungkan...

dan aku.....
masih di situ...
sehingga aku tiada....

maafkan ku atas segala silapku kerana singgah di hati mu....dan maafkan aku kerana telah menggurisnya....

MAAF''
ikhlas ~ AF ~