satu
dua
tiga
empat

Friday, March 22, 2013

Peristiwa di Hospital



hari ini,genap  14 hari aq berada di wad......

Oh’’’segala jenis perasaan yg aq rasa....bosan’ itu yg selalu bermain di fikiran ku,hari2 hanya terlantar di atas katil sambil termenung.....aq sentiasa tertunggu-tunggu’ dan selalu bertanya pada diri,siapakah yang akan datang melawatku??keluarga’’atau rakan.....kadang2 terasa sunyi.....yela....tiada yg datang melawat...kadang2 aq terhibur oleh nurse dan doktor yang selalu cuba ingin buatkan aq tersenyum.....

Selama 11 hari aq di wad....ada satu hari yang mencalarkan hidupku...peristiwa hitam dalam hidupku.....jam menunjukkan pukul 4.30 petang....aq di bawa ke sebuah bilik,dan aq di beri ubat tidur’’’...tiba2 aq terjaga...ku lihat ramai berada di kelilingku....dan terasa sakit yg amat sangat,aq menangis semampunya.....badanku di tebuk dan di mmasukkan tiub hingga ke dalam paru2 ku....sakit yg amat sangat buatkan aku pengsan.....

Pada malam hari aq tesedar...ku lihat satu tiub panjang dari badanku bersambung ke sebuah bekas yg penuh dengan darah merah pekat....Ya Allah....itu sahaja yg mampu ku katakan...
Keesokkan harinya aq mulai batuk berdarah....keluarga mulai datang dan menangis melihat keadaanku....aq redha....keesokkan harinya Doktor memberitahuku 1 berita buruk,tiub yg di masukkan terpaksa di tarik sedikit keluar kerana terkena ke jantung ku yg mampu membunuhku....malamnya doktor mengeluarkan sedikit tiub tersebut...sekali lagi aq menanggung kesakitan...aq terpaksa....
Kini hidupku hanya terbaring sahaja....tidak mampu berdiri,dan aku hanya mampu menggerakkan kepala dan tangan sebagai isyarat...3 hari aq murung tidak bermaya di ikuti darah yang keluar mngalir melalui tiub tersebut....hari bersilih ganti....tiba petang rabu....aq batuk teruk....di ikuti dengan darah yang keluar melaui batuk juga tiub....keadaan menjadi lebih teruk kerana batuk ku tidak berhenti sehingga lah aq muntah darah dengan begitu banyak....umi menadahkan plastik sambil menangis....abah melihat dari luar sambil mengalirkan airmata,darah makin banyak keluar,aq menangis.....umi juga menangis...kemudian secara tiba2 aq tidak dapat bernafas...ku lihat tangan dan baju umi penuh dengan darah,begitu jua katilku....ya allah...kenapa ni....doktor dan nurse berlari2 ke arahku,pelawat dan pesakit berdiri melihatku ketika umi menjerit memanggil doktor....

Aq di bawa ke tempat kecemasan,aq separuh sedar kerana aq tidak dapat bernafas...jarun bertalu-talu mencucuk tubuhku....pelbagai wayar di pasang ke tubuhku,aq di pakaikan alat bantuan penafasan....tubuhku tersa sakit sangat...jantung berdenyut laju,paru2 tersa seakan ingin berhenti....suasana menjadi dingin,gelap....dalam keadaan pandangan yg samar2 ku lihat mereka mngelilingi ku...aq hanya mampu menangis....umi....umi....aq ingin umi....di mana umi?
Mata ku makin tertutup....terdengar suara yg menyuruhku mengucap....berkali-kali....aq mulai lemah...panas’’..kemudian sejuk....ummi....ummi...fiqri da nak mati ke??fiqri mintak maaf...maaf ummi,maaf abah’’..itu yang mampu ku luahkan....pendengaranku mulai hilang....muntah darah berterusan....dalam hati aq redha jika ini akhirku,...’’ya allah’’...’’ya allah’’...itu kata yang terakhir mampu ku ucapkan sebelum semuanya menjadi gelap dan aq tidak sedarkan diri.....
Fiqri’’’......fiqri......antara dengar dengan tidak...aq membuka mataku....ku lihat ummi....abah....dan doktor berda di tepi ku......ummi menangis,abah menangis.....terasa pipi ku basah dengan airmata......ya allah....kau telah beri ku sekali lagi peluang untuk hidup’’....aq tidak mengetahui hikmahnya...tapi pasti kau telah mengaturkan yang terbaik buatku...syukur....

Setelah di selidik doktor....tiub yang di masukkan ke paru2 ku menjadi punca aq nyaris maut....kemudian ianya di cabut...kini aq mulai tersenyum....aq mampu berdiri dan berjalan...ummi tersenyum....nurse dan doktor sentiasa datang padaku untuk membuatkan aq terhibur....kini aq di kenali setiap kakitangan wad mahupun hospital semenjak peristiwa tersebut...terima kasih....
tapi....entah bila lah aq akan di benarkan pulang...


Aril_fiqri (20/03/2013)

Monday, March 18, 2013

Langkah Tercipta




Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.