Mungkin saya pernah di sakiti...
bukan sekali....
tapi untuk kedua kalinya...
saya cuba cari peluang,untuk perbaiki apa yang terjadi..
tapi saya tak pernah jumpa peluang itu,
mungkin bukan masanya lagi...Pernah satu ketika saya membenci segalanya,hidup seakan gelap tanpa satu pun cahaya,seminggu,sebulan,malah setahun,tapi ternyata dengan kebencian ianya tidak membawa sebarang makna....
saya mula membentuk hati...menerima segala yang tertulis di dalam takdir,
mungkin saya disakiti,
mungkin saya di khianati....
tapi sekali pun saya tidak pernah lagi untuk membenci atau menyalahkannya...kerana mungkin ianya juga berpunca dari saya....
saya tidaklah sebaik orang yang kamu kenal...malah lebih teruk lagi....mungkin kita tidak pernah bersua,kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain...
tapi saya percaya....kamu lebih baik dari apa yang mereka katakan...
bila kamu ketawa...
aku yang tenang...bukan mereka...
bila kamu menangis...
aku yang terasa...bukan mereka...
bila kamu sunyi...
aku cuba mencari waktu mendamaikan...
tapi mereka yang meraikan..
bila kamu baran..
aku cuba menjauh....
tapi bukan untuk selamanya....
bila aku meminta...
aku di tolak...
tetapi aku tetap di situ....
disitu...dan setia di situ.....
menahan segala arus yang kamu bawakan...
mendengar segala cerita yang kamu laungkan...
dan aku.....
masih di situ...
sehingga aku tiada....
maafkan ku atas segala silapku kerana singgah di hati mu....dan maafkan aku kerana telah menggurisnya....
MAAF''
ikhlas ~ AF ~
No comments:
Post a Comment