satu
dua
tiga
empat

Sunday, February 3, 2013

Jangan Terlalu Berharap,Nantikan Kecewa


Tak salah meletakkan harapan, 
tapi letaklah sekadarnya, 
kerana segalanya belum pasti, 
belum tentu dalam ketetapan Ilahi. 
Risau nantikan kecewa, 
nantikan sukar menerima, 
andai perkara menjadi sebaliknya. 
Namun percaya dengan janjiNya, 
itulah jalan yang sebenarnya. 
Hati itu,Iman itu, 
perlu mantap, 
agar kaki bisa berdiri, 
tabah mengharungi. 
Namun andai itulah takdirnya, 
berbahagialah wahai hati, 
tercapainya satu impian, 
termakbulnya satu doa, 
apapun yang terjadi, 
bersyukurlah, 
kerana ujian itu, 
buat insan yang Dia sayangi... 

No comments:

Post a Comment