satu
dua
tiga
empat

Friday, July 26, 2013

Penyakit Rindu'...adakah aku rindu dia'



apa tandanya eh ?
bila hati kita berdegup pantas bila teringatkan seseorang ..
walaupun sekadar 'hai' daripada seseorang , 
dah cukup jadi penenang untuk kita ?
bila kita teringat dekat dia , 
tiba tiba bibir ni mengukir senyuman yang terlalu lebar , 
kadang2 kita akan tarik nafas , lepaskan nafas dengan tenang dan perlahan 

terkadang tiba tiba kita akan cakap sorang2 bila tengok langit :D
kelakar kan ? tapi itu lah hakikat nya , 
kita akan melakukan benda benda yang tak boleh dimasuk akal , 
pelik tapi itulah yang kita akan TERbuat . 
hahaha , apakah tanda nya ini ? 
adakah kita merindui seseorang ? 
ini ke petanda yang dia adalah insan yang selalu berada di hati ?
jawapan nya ada dalam hati masing masing :D
tepuk dada tanya lah hati :')

bagi aku , rindu itu merupakan perkara biasa , 
tetapi kadang2 boleh jadi melarat , 
kadang2 boleh buat kita rasa macam nak pergi jumpa dia je sekarang , 
cakap dekat dia yang betapa kita merinduinya , 
peluk dia selama yang mungkin ..
ahhh , perit perasaan ini . 
kadang kadang yang paling indah dalam hidup 
adalah memberitahu seseorang betapa penting
dan istimewanya dia kepada kita :D
kita akan rasa lebih yakin dan tenang . 
sekurang-kurangnya kita dah meluahkan perasaan dekat dia , 
kita dah menunaikan tanggunggjawab kita
terhadap perasaan dan hati kita sendiri ;D

salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup , 
adalah mencari seseorang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita , 
tetapi dia masih sanggup menyayangi kita dengan sepenuh hatinya , 
cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur :')
jika dia tahu kelemahan dan kekurangan kita , 
dan masih sanggup bersama kita , 
dan lebih menyayangi kita maka kita adalah orang yang paling bertuah , 
kerana ada seseorang yang mencintai kita seadanya 
mencintai dan dicintai memerlukan keberanian , 
keberanian untuk mengekalkan rasa cinta itu , 
seterusnya dengan perasaan keikhlasan 
untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka 
walaupun dari sehari ke sehari manusia akan sentiasa berubah 

cinta ibarat menggenggam setangkai mawar , 
semakin erat kita menggenggam , 
semakin terasa duri yang menusuk , 
semakin lemah kita menggenggam , 
semakin mudah diterbangkan angin 

No comments:

Post a Comment