(gambar Sekadar hiasan...ni kakak saya) |
andainya lelaki tahu ..
apabila seseorang perempuan jatuh cinta ,
lelaki itu tidak semestinya punyai segalanya ,
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya :')
andainya lelaki tahu ..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air matanya ,
bukan bermakna dia lemah ,
tetapi dia sedang mencari kekuatan ,
untuk terus tabah menyintai lelaki itu :')
andainya lelaki tahu ,
apabila seseorang perempuan itu bercakap banyak ,
dia tidak pernah bermaksud untuk merimaskan ,
tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat :')
andainya lelaki tahu ,
bila perempuan menyuruh lelaki itu berubah ,
bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya ,
tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik ,
bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan si jejaka itu :')
andainya lelaki tahu ,
bila perempuan merajuk ,
jangan kata dia mengada ngada ,
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit ,
atau hadiah sedozen .
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai :')
andainya lelaki tahu ,
apabila perempuan itu mengatakan dia rindu ,
dia benar benar maksudkannya ,
apabila berjauhan ,
bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya :')
andainya lelaki tahu ,
apabila perempuan menjadi degil ,
dia bukan bermaksud menjadi degil ,
tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya :')
perempuan sukar untuk mengawal perasaan ,
tapi dialah yang paling menyayangi anda ,
dan sangat sensitif terhadap perubahan pada diri anda .
sememangnya lelaki dan perempuan mmg diciptakan dengan perbezaan tersendiri ,
tetapi jika mereka saling memahami ,
mereka akan saling melengkapi ,
dan menyempurnakan :)
No comments:
Post a Comment