satu
dua
tiga
empat

Friday, July 26, 2013

Penyakit Rindu'...adakah aku rindu dia'



apa tandanya eh ?
bila hati kita berdegup pantas bila teringatkan seseorang ..
walaupun sekadar 'hai' daripada seseorang , 
dah cukup jadi penenang untuk kita ?
bila kita teringat dekat dia , 
tiba tiba bibir ni mengukir senyuman yang terlalu lebar , 
kadang2 kita akan tarik nafas , lepaskan nafas dengan tenang dan perlahan 

terkadang tiba tiba kita akan cakap sorang2 bila tengok langit :D
kelakar kan ? tapi itu lah hakikat nya , 
kita akan melakukan benda benda yang tak boleh dimasuk akal , 
pelik tapi itulah yang kita akan TERbuat . 
hahaha , apakah tanda nya ini ? 
adakah kita merindui seseorang ? 
ini ke petanda yang dia adalah insan yang selalu berada di hati ?
jawapan nya ada dalam hati masing masing :D
tepuk dada tanya lah hati :')

bagi aku , rindu itu merupakan perkara biasa , 
tetapi kadang2 boleh jadi melarat , 
kadang2 boleh buat kita rasa macam nak pergi jumpa dia je sekarang , 
cakap dekat dia yang betapa kita merinduinya , 
peluk dia selama yang mungkin ..
ahhh , perit perasaan ini . 
kadang kadang yang paling indah dalam hidup 
adalah memberitahu seseorang betapa penting
dan istimewanya dia kepada kita :D
kita akan rasa lebih yakin dan tenang . 
sekurang-kurangnya kita dah meluahkan perasaan dekat dia , 
kita dah menunaikan tanggunggjawab kita
terhadap perasaan dan hati kita sendiri ;D

salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup , 
adalah mencari seseorang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita , 
tetapi dia masih sanggup menyayangi kita dengan sepenuh hatinya , 
cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur :')
jika dia tahu kelemahan dan kekurangan kita , 
dan masih sanggup bersama kita , 
dan lebih menyayangi kita maka kita adalah orang yang paling bertuah , 
kerana ada seseorang yang mencintai kita seadanya 
mencintai dan dicintai memerlukan keberanian , 
keberanian untuk mengekalkan rasa cinta itu , 
seterusnya dengan perasaan keikhlasan 
untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka 
walaupun dari sehari ke sehari manusia akan sentiasa berubah 

cinta ibarat menggenggam setangkai mawar , 
semakin erat kita menggenggam , 
semakin terasa duri yang menusuk , 
semakin lemah kita menggenggam , 
semakin mudah diterbangkan angin 

Thursday, July 25, 2013

"Andainya Seorang Lelaki Itu Tahu"

(gambar Sekadar hiasan...ni kakak saya)
andainya lelaki tahu ..
apabila seseorang perempuan jatuh cinta , 
lelaki itu tidak semestinya punyai segalanya , 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya :')

andainya lelaki tahu ..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air matanya , 
bukan bermakna dia lemah , 
tetapi dia sedang mencari kekuatan , 
untuk terus tabah menyintai lelaki itu :')

andainya lelaki tahu , 
apabila seseorang perempuan itu bercakap banyak , 
dia tidak pernah bermaksud untuk merimaskan , 
tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat :')



andainya lelaki tahu , 
bila perempuan menyuruh lelaki itu berubah , 
bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , 
tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik , 
bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan si jejaka itu :')

andainya lelaki tahu , 
bila perempuan merajuk , 
jangan kata dia mengada ngada , 
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit , 
atau hadiah sedozen . 
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai :')

andainya lelaki tahu , 
apabila perempuan itu mengatakan dia rindu , 
dia benar benar maksudkannya , 
apabila berjauhan , 
bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya :')

andainya lelaki tahu , 
apabila perempuan menjadi degil , 
dia bukan bermaksud menjadi degil , 
tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya :')

perempuan sukar untuk mengawal perasaan , 
tapi dialah yang paling menyayangi anda , 
dan sangat sensitif terhadap perubahan pada diri anda . 
sememangnya lelaki dan perempuan mmg diciptakan dengan perbezaan tersendiri , 
tetapi jika mereka saling memahami , 
mereka akan saling melengkapi , 
dan menyempurnakan :)

awak, Terima kasih tau'..



" senyuman awak penawar bagi kerinduan saya , 
ketawa awak membuat saya senang . 
hidup saya tak lengkap tanpa awak . 
awak pelengkap hidup saya .
kebahagiaan saya terletak dibahu awak . 
hadiah paling bertuah dalam hidup saya ialah mengenali awak :')
syukur kepada yang maha ilahi
mempertemukan saya kepada awak . 
seorang gadis biasa tetapi sempurna untuk saya :)
bermakna bagi saya . 

awak , terima kasih sangat menjadi angin yang menenangkan saya , 
menjadi air yang menyejukkan hati saya , 
menjadi api yang menjadi pembakar semangat saya , 
menjadi daun yang mengingatkan saya ,
menjadi payung yang melindungi saya ..
 
terima kasih awak'...
saya sentiasa ingat awak'..
takkan lupakan awak'..

p/s: mood jiwang kejap'..arggghh!!!biarlah'..aku sayang dia'..

'Awak lah PELANGI Saya'


kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
ketika kita menangis ?
dan ketika kita membayangkan ?
itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT ..

ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dgn kita ..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan ..
yang dinamakan CINTA ..
ada hal-hal yang tak ingin kita lepaskan ..
kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis , 
mereka yang tersakiti ,
mereka yang sedang mencari ,
dan mereka yang telah mencuba ..
kerana merekalah yang boleh menghargai betapa pentingnya ,
orang yang telah menyentuh kehidupan mereka ..

cinta adalah kerinduan untuk difahami oleh seseorang
yang benar-benar tulus untuk peduli ..
ketika seseorang dimengerti , ia akan mampu bertahan terhadap apa apa pun halangan :')
cinta adalah hal yang terbaik dan paling indah di dunia ,
tidak dapat dilihat bahkan disentuh ,
cinta harus dirasakan dengan hati ..

p/s : kadang-kadang saat awak mendekati saya ,
saya kehilangan semua kata kata saya ,
tapi masa tu lah saya berharap ,
mata saya dapat meluahkan semua perasaan saya ,
untuk awak,

pengorbanan cinta seperti indahnya pelangi yang menghiasi langit kehidupan,
awak lah pelangi saya...
tapi saya harap awak takkan hilang macam pelangi ,
walaupun awak hilang di langit ,
munculkan lah sentiasa didalam hati saya :')

ikhlas dari saya aRiL fiQri untuk awak yang bernama "_._._._._._" (^___^)
saya ada je dekat sini'...