satu
dua
tiga
empat

Friday, July 26, 2013

Penyakit Rindu'...adakah aku rindu dia'



apa tandanya eh ?
bila hati kita berdegup pantas bila teringatkan seseorang ..
walaupun sekadar 'hai' daripada seseorang , 
dah cukup jadi penenang untuk kita ?
bila kita teringat dekat dia , 
tiba tiba bibir ni mengukir senyuman yang terlalu lebar , 
kadang2 kita akan tarik nafas , lepaskan nafas dengan tenang dan perlahan 

terkadang tiba tiba kita akan cakap sorang2 bila tengok langit :D
kelakar kan ? tapi itu lah hakikat nya , 
kita akan melakukan benda benda yang tak boleh dimasuk akal , 
pelik tapi itulah yang kita akan TERbuat . 
hahaha , apakah tanda nya ini ? 
adakah kita merindui seseorang ? 
ini ke petanda yang dia adalah insan yang selalu berada di hati ?
jawapan nya ada dalam hati masing masing :D
tepuk dada tanya lah hati :')

bagi aku , rindu itu merupakan perkara biasa , 
tetapi kadang2 boleh jadi melarat , 
kadang2 boleh buat kita rasa macam nak pergi jumpa dia je sekarang , 
cakap dekat dia yang betapa kita merinduinya , 
peluk dia selama yang mungkin ..
ahhh , perit perasaan ini . 
kadang kadang yang paling indah dalam hidup 
adalah memberitahu seseorang betapa penting
dan istimewanya dia kepada kita :D
kita akan rasa lebih yakin dan tenang . 
sekurang-kurangnya kita dah meluahkan perasaan dekat dia , 
kita dah menunaikan tanggunggjawab kita
terhadap perasaan dan hati kita sendiri ;D

salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup , 
adalah mencari seseorang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita , 
tetapi dia masih sanggup menyayangi kita dengan sepenuh hatinya , 
cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur :')
jika dia tahu kelemahan dan kekurangan kita , 
dan masih sanggup bersama kita , 
dan lebih menyayangi kita maka kita adalah orang yang paling bertuah , 
kerana ada seseorang yang mencintai kita seadanya 
mencintai dan dicintai memerlukan keberanian , 
keberanian untuk mengekalkan rasa cinta itu , 
seterusnya dengan perasaan keikhlasan 
untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka 
walaupun dari sehari ke sehari manusia akan sentiasa berubah 

cinta ibarat menggenggam setangkai mawar , 
semakin erat kita menggenggam , 
semakin terasa duri yang menusuk , 
semakin lemah kita menggenggam , 
semakin mudah diterbangkan angin 

Thursday, July 25, 2013

"Andainya Seorang Lelaki Itu Tahu"

(gambar Sekadar hiasan...ni kakak saya)
andainya lelaki tahu ..
apabila seseorang perempuan jatuh cinta , 
lelaki itu tidak semestinya punyai segalanya , 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya :')

andainya lelaki tahu ..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air matanya , 
bukan bermakna dia lemah , 
tetapi dia sedang mencari kekuatan , 
untuk terus tabah menyintai lelaki itu :')

andainya lelaki tahu , 
apabila seseorang perempuan itu bercakap banyak , 
dia tidak pernah bermaksud untuk merimaskan , 
tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat :')



andainya lelaki tahu , 
bila perempuan menyuruh lelaki itu berubah , 
bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , 
tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik , 
bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan si jejaka itu :')

andainya lelaki tahu , 
bila perempuan merajuk , 
jangan kata dia mengada ngada , 
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit , 
atau hadiah sedozen . 
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai :')

andainya lelaki tahu , 
apabila perempuan itu mengatakan dia rindu , 
dia benar benar maksudkannya , 
apabila berjauhan , 
bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya :')

andainya lelaki tahu , 
apabila perempuan menjadi degil , 
dia bukan bermaksud menjadi degil , 
tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya :')

perempuan sukar untuk mengawal perasaan , 
tapi dialah yang paling menyayangi anda , 
dan sangat sensitif terhadap perubahan pada diri anda . 
sememangnya lelaki dan perempuan mmg diciptakan dengan perbezaan tersendiri , 
tetapi jika mereka saling memahami , 
mereka akan saling melengkapi , 
dan menyempurnakan :)

awak, Terima kasih tau'..



" senyuman awak penawar bagi kerinduan saya , 
ketawa awak membuat saya senang . 
hidup saya tak lengkap tanpa awak . 
awak pelengkap hidup saya .
kebahagiaan saya terletak dibahu awak . 
hadiah paling bertuah dalam hidup saya ialah mengenali awak :')
syukur kepada yang maha ilahi
mempertemukan saya kepada awak . 
seorang gadis biasa tetapi sempurna untuk saya :)
bermakna bagi saya . 

awak , terima kasih sangat menjadi angin yang menenangkan saya , 
menjadi air yang menyejukkan hati saya , 
menjadi api yang menjadi pembakar semangat saya , 
menjadi daun yang mengingatkan saya ,
menjadi payung yang melindungi saya ..
 
terima kasih awak'...
saya sentiasa ingat awak'..
takkan lupakan awak'..

p/s: mood jiwang kejap'..arggghh!!!biarlah'..aku sayang dia'..

'Awak lah PELANGI Saya'


kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
ketika kita menangis ?
dan ketika kita membayangkan ?
itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT ..

ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dgn kita ..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan ..
yang dinamakan CINTA ..
ada hal-hal yang tak ingin kita lepaskan ..
kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis , 
mereka yang tersakiti ,
mereka yang sedang mencari ,
dan mereka yang telah mencuba ..
kerana merekalah yang boleh menghargai betapa pentingnya ,
orang yang telah menyentuh kehidupan mereka ..

cinta adalah kerinduan untuk difahami oleh seseorang
yang benar-benar tulus untuk peduli ..
ketika seseorang dimengerti , ia akan mampu bertahan terhadap apa apa pun halangan :')
cinta adalah hal yang terbaik dan paling indah di dunia ,
tidak dapat dilihat bahkan disentuh ,
cinta harus dirasakan dengan hati ..

p/s : kadang-kadang saat awak mendekati saya ,
saya kehilangan semua kata kata saya ,
tapi masa tu lah saya berharap ,
mata saya dapat meluahkan semua perasaan saya ,
untuk awak,

pengorbanan cinta seperti indahnya pelangi yang menghiasi langit kehidupan,
awak lah pelangi saya...
tapi saya harap awak takkan hilang macam pelangi ,
walaupun awak hilang di langit ,
munculkan lah sentiasa didalam hati saya :')

ikhlas dari saya aRiL fiQri untuk awak yang bernama "_._._._._._" (^___^)
saya ada je dekat sini'...

Monday, May 13, 2013

SakitNya Hati Ini'


Sakit kan....
Bila kita jatuh cinta kat seseorang...
Sedangkan hati orang tu dah pun di miliki oleh orang lain'....
tapi nak buat macam mana...
itulah sandiwara Kehidupan dalam bercinta'...
“Terkadang,Allah sengaja menemukan kita dengan sesuatu yang salah sebelum ditemukan dengan yang betul kerana,apabila kita ditemukan dengan yang betul, kita dapat mengambil iktibar daripada sesuatu yang salah dahulu,ia akan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi sesuatu yang baru dan lebih menghargai kehidupan yang dikecapi sekarang dengan menjadikan ianya lebih bermakna…”

LiFE mesti kena teruskan...
tak kisahlah apa pun yang menjadi rintangan...
kerana Allah tak suka akan hamba Nya yang berputus asa'...
Dan Kehidupan Itu sendiri tidak akan bermakna jika tiadanya Ujian'..
Ibarat Dunia yang Hilang Warnanya...

Mungkin cukuplah aku sebagai insan ketiga dalam watak ni...yela...macam lagu cinta 3 segi tu...
hanya menjadi penambah watak hanya untuk memperbaiki perhubungan...
Bagus idea tu'...tapi sayangnya ia adalah satu jalan yang mungkin membebankan kelak...
"Mawar Berduri,Tercucuk Jari Bisa Tak Terasa Serta-merta".....

Tapi bagi aku...buat apa nak di benci...kalau itu da bukan hak aku...'Sesungguhnya Allah Itu Lebih Hebat Perancangan-Nya' ...Hikmah Setiap yang Berlaku Tak Siapa Yang Mengetahui"...
Aku cuma ingin berSAHABAT...'Kerana Itu Adalah Lebih Baik Daripada Bermusuh"...
Tapi ialah....hati manusia ni berubah-rubah dan sukar untuk di fahami..."Terkadang Yang Di Lihat Tak Sama Dengan Yang Di Rasa" dan "Yang Di Damba kan Tak Sama Dengan Yang Terjadi"....
Manusia ni banyak sangat yang dia impikan...macam tu jugak lah aku dulu dan sekarang....
aku nak bahagia....aku nak teman setia....tapi sayangnya.....impian tu memang nyata'...."Tapi Seringkali Hajat Yang Tak Kesampaian"
"Lumrah Hidup Ada Turun Dan Ada Naik'.....
Kita menangins meratapi semuanya pun tak baik jugak....
Besok'...Hari Lahir Dia'... hmmm...aku nak sangat jadi yang Pertama ucap selamat'..."tapi takut di balas cacian'....sebenarnya aku tak kisah pun kna maki hamun dengan dia...yang penting dia balas msj'...tu da cukup buat aku tersenyum'....hahahhah...bonggok kan aku'...eh''...ko ape tahu??

ritu berday aku...suram jer...yela takda wish pung'...selalunya dia la org pertama...ha'...kau ade?xder kan...xder??jgn jelous'....tapi skang ni xder da....lupa tu kot...atau mungkin mang tak patut amik kisah pun''....okey yg ni kau patut buat aku jelous... (-___-)'....

haishhh''...tapi yela...mcm yg aku katakan tadi...HIDUP.....Kena TERUSkan..
Bunga Bukan Sekuntum Bro'..
Mangla bkn sekuntum ngekk''...banyak giler'...
tapi masalahnya nak cari yang macam sekuntum mula2 tu la payah...LIMITED je ngokk''..

aku benci dia???mati hidup semula pun belum tentu nama dia aku boleh lupa...kecualilah aku terhantuk mane2 jd hilang ingatan'...haaa'''...
sayang dia??bodoh soalan'....ko sayang tak EX ko yg Dulunya awek ko??
dah tak payah jawap aku tau...walau "SEJUTA kali ko cuba tipu aku...ko tetap tak boleh tipu HATI ko"...
mestilah aku sayang''menggong''


dah lah...aku nak cipta dunia aku yang baru ni...yah'''...DOTA...DOTA'....LELAKI dengan GAME memang tidak boleh di pisahkan'...tapi tak kiralah sejuta kali Level ko'...Ko tetap Di GAME kan oleh PEREMPUAN...merekanlah GAMER terhebat ALAM Nyata'... Ngehx6 =P

Tuesday, April 30, 2013

MY DAY

14/05/2013...

hari yang menyedihkan.....haishh...kena p hospital lae...hampeh....baru ingat nak mintak cuti kerja nak p jejalan makan angin....sambung p cuti2 kat Pineng semula...hahahhah...rindu nak naik keta kabel...14 hari bulan ritu xsempat......cz mmborong kt jalan peneng sampai pokai duit....ha8...da la tol mahal gilo....hbis pitih aQ.......

21/05/13-22/05/2013

warghhh!!!! hospital lagi...haduh...tensen...sampai p hospital habih jadi femes....lalu je dpan nurse n doktor...'eh...fikri....sihat dah? ' adoi....saya sayang HTAA...hahahahha

25/05/2013

mungkin hari yg mnyedihkan....packing barang2,servis moto,servis keta,pos motor....

26/05/2013.....

welcome KL......n goodbye PAHANG......pindah gombak la dah...hm....

28/05/2013...

hihihihihih...beli DSL BARU..... I AM NIKON

Monday, April 22, 2013



Mengapa Memilih DERITA'
Sedangkan Bahagia Masih Boleh Di GENGGAM'
KIta Hidup Diberi Banyak Pilihan'
Cuma Kita Je Yang Tidak Pandai Dalam Memilih'

Terkadang Kita Mudah Leka'
Dalam Terlalu Ingin Memilih Kesenangan,Kebahagiaan'
Kita Tidak Sedar Kita Telah Tersalah Pilih'
Yang Kita Dapat Hanyalah Kesusahan dan Penderitaan'

~AF~

Sunday, April 21, 2013

Jika Aku Pergi

Andainya....

suatu hari nanti adalah hari terakhirku...
aku ingin memohon maaf diatas segala silapku...
terhadapmu....

seandainya....kau mendengar berita pemergianku...
bisikkanlah dalam doa yang kau telah memaafkanku...
Seandainya....kau telah memaafkanku,
ketahuilah....aku telah terdahulu memaafkanmu....
seandainya...ada apa-apa hak kau yang telah aku ambil...
maafkanku dan halalkanlah....
seteruk-teruk penyesalan ialah penyesalan di akhirat...
seteruk-teruk permintaan ialah meminta umur di panjangkan 
walaupun nyawa sedang menemui ajal....

Terima kasih ~ff~ kerana memberikanku satu pengalaman hidup yang mengagumkan......

ikhlas~aRiL_fiQri~

Doaku Jua Kamu



Ya Allah,
berikanlah yang terbaik buatku dan dirinya di dunia & di akhirat. 
Ya Allah, 
bantulah aku dan dirinya untuk beribadah dengan baiknya kepadaMU hingga ke akhir hayat..
Ya Allah, 
hanya padaMU kami berserah (bertawakkal), 
bantulah aku dan dirinya untuk lakukan yang terbaik mengikut kemampuan. 
Ya Allah, 
jadikanlah aku dan dirinya redha dengan setiap ketentuanMU kerana sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat ku dan dirinya..



~aRiL_fiQri~

Yang Indah Itu Tidak Selalu Kita Kecapi




Setiap Insan..Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, 
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan
lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,Paling berat diduga.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu,Walau serumit mana situasi kamu.Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.Bila kamu menyandar harapan padaNYA, 
DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”

Ketika kita sedih..ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
Ketika kita sakit..ketika itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
Ketika kita sunyi tanpa teman..
ketika itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan..
Dan..Ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya..
ketika itulah kita baru menyedari hakikat sebenar kehidupan 
ketika itulah kita baru menyedari apa yang benar-benar bernilai
Pada ketika itu jugalah kita menyedari bahawa mati sebenarnya bukanlah satu pengakhiran, 
tetapi ia adalah satu permulaan kepada satu kehidupan di akhirat yang kekal abadi

Ketika wajah lelah memikirkan dunia, maka BERWUDHUKLAH,
Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka BERTAKBIRLAH,
Ketika diri tidak kuasa memikul amanah, maka BERSUJUDLAH.
Ikhlaskan semua dan mendekatlah kepada ALLAH,

agar TUNDUK di saat yg lain angkuh,
agar TEGUH di saat yg lain runtuh,
agar TEGAR saat yg lain rapuh
dan SABAR di saat yg lain mengeluh.

Bila LELAH menyapa dirimu,
pejamkan mata dan bayangkan...
"Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihad..
Bila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"
Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"
Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,
bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa & marwah..
InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya

Cerita suka dan duka, kisah ria juga hiba. 
segalanya mengusik menyentuh jiwa, 
melahirkan seribu satu rasa. 
adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. 
Namun ada jua kesakitan sehingga kita tersungkur kerana kesakitan yang kita rasa

Hidup ini berliku-liku jalannya. 
adakala impian jadi kenyataan, 
namun seringkali hajat yang tak kesampaian . 
Namun usahlah buruk sangka. 
Perancangan Yang maha Esa pasti sebaik-baiknya. 
Penuh hikmah buat hamba-hambaNya.


Dalam hati bercampur baur. 
Ada banyak rasa...
terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba mengalir. 
ujian hidup selalunya membuatkan diri menjadi lemah...
terasa ingin mengalah... 
itulah lumrah kehidupan manusia biasa
Namun teruskanlah bermujahadah... jangan pernah menyerah...

Yakinlah..
Setelah kemarau panjang, hujan pasti datang... 
Setelah merasakan panasnya siang, pasti berganti dgn dinginnya malam..
Setelah sakit, pasti hadir kesembuhan..Setelah sedih, pasti muncul kebahagiaan..
Dan tentunya setelah kesulitan melanda, akan datang pula kemudahan..

Setiap musibah adalah ujian,
Allah menguji keimanan,Kesabaran didalam setiap dugaan,
Semoga tabah menghadapinya,
Setiap masalah adalah ujian,
Allah menguji kebijaksanaan,Sejauhmana kepintaran,
Setiap hamba-hambaNYA melalui dugaan... 
Allah Maha Mengetahui,Yang baik dan yang buruk,
Sekadar untuk menguji,
Adakah hamba-hambaNYA melalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan,
Melalui keimanan,Atau penuh kemarahan ,Atau melalui pintu-pintu syaitan... 


Jgn meminta agar diringankan UJIAN... 
tp berdoa agar dikuatkn iman untuk berdepan dgn ujian... 
sesungguhnya Allah sentiasa memberi Ujian pada hamba yg DIA sayang..
jgn bersedih terlalu lama andai hati kecewa... 
bisiklah pada yg Esa..
smoga dikurniakn ketabahan untuk menghadapi segala2nya..

"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,
walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, 
kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, 
tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, 
walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, 
kita tetap takkan mendapatkannya"

Bibir tersenyum... hati menangis
Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. 
Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. 
Sesekali menangis... . hati kita akan bangkit sedar 
bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. 
Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. 
Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur 
dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, 
tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, 
lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk di ujinya.

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, 
kita diberi cubaan dengan kehilangan, 
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, 
kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, 
sesungguh Dia lah pemberi segala, 
kerana segalanya kepunyaanNya. 
saat ditariknya nikmat yang ada, 
Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. 
JANGANLAH BERSEDIH, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA...InsyaAllah''


~aku menulis kerana aku jua pernah tersungkur'
lalu aku berduka kerana hati yang terluka'
tatkala tawa mulai bertukar hiba'
maka tiada yang mendampingi'
hati pula meronta-ronta ingin berkata-kata'
mengapa''
mengapa''
mengapa aku''
lalu hadir suara bisikan di telinga''
La Tahzan''La Tahzan"
InnAllaha ma'ana'
sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap isi hati hambanya''


ikhlas dari lubuk hatiku ~aRiL_fiQri~

Sunday, April 14, 2013

Aku Bukan Yang Kau Kenali



Kalau kau harap,
kau dapat kenal aku,
dengan membaca setiap tulisan aku,
kau silap....

Aku tak seindah mana,
aku buruk jiwa, penuh dosa...
Jangan kenal aku,
aku taknak tempias dosa kena pada kau....





~AF~

Monday, April 1, 2013

Jika Bukan Yg PERTAMA,Cukup Sebagai Yg TERAKHIR

Biarlah seandainya aku ni bukanlah yang PERTAMA di dalam HATInya...

Biarlah seandainya aku ni bukanlah yang PERTAMA membuatkannya TERSENYUM....

kerana aku ingin menjadi yang TERAKHIR di dalam HATInya....
Jika Terkunci...
Bak kata lagu ni....
Aku ingin menjadi PEMBUKA hatinya Yang Terkunci sekian lamanya itu....
Dan aku ingin menjadi PENUTUPnya dalam pencarian Cinta dia....
kalau boleh aku nak jumpa dia....
tatap muka dia hari-hari....tapi tak boleh.....
jadi cukuplah dari jauh...
kalau dia sedih....
dia terluka...
aku nak jadi yang pertama ada untuk dia sebagai pengubat segalanya....
tapi sayangnya...
dia buat tak kisah pun dekat aku....
takper...sabar jer...
kata orang''kalau kita sayangkan seseorang tu....
walaupun dia cuba tinggalkan kita....
cuba untuk tidak lari dari dia...
langkahlah kaki tu untuk kekalkan bersama dia....dan berlari lah untuk kejar dia jika perlu.....
agar dia tidak jauh dari kita''

hahahhahah....
aku buat semuanya...
tapi makin lama makin jauh''...aisshhhh...
tapi tak mngapa...
sekurang-kurangnya kita mencuba....

aku takut nak bercinta...
takut untuk memberi cinta...
kerana khuatir aku akan khianati cinta tu....
kerana sesuatu yang tak pasti....hatoiii''''

Friday, March 22, 2013

Peristiwa di Hospital



hari ini,genap  14 hari aq berada di wad......

Oh’’’segala jenis perasaan yg aq rasa....bosan’ itu yg selalu bermain di fikiran ku,hari2 hanya terlantar di atas katil sambil termenung.....aq sentiasa tertunggu-tunggu’ dan selalu bertanya pada diri,siapakah yang akan datang melawatku??keluarga’’atau rakan.....kadang2 terasa sunyi.....yela....tiada yg datang melawat...kadang2 aq terhibur oleh nurse dan doktor yang selalu cuba ingin buatkan aq tersenyum.....

Selama 11 hari aq di wad....ada satu hari yang mencalarkan hidupku...peristiwa hitam dalam hidupku.....jam menunjukkan pukul 4.30 petang....aq di bawa ke sebuah bilik,dan aq di beri ubat tidur’’’...tiba2 aq terjaga...ku lihat ramai berada di kelilingku....dan terasa sakit yg amat sangat,aq menangis semampunya.....badanku di tebuk dan di mmasukkan tiub hingga ke dalam paru2 ku....sakit yg amat sangat buatkan aku pengsan.....

Pada malam hari aq tesedar...ku lihat satu tiub panjang dari badanku bersambung ke sebuah bekas yg penuh dengan darah merah pekat....Ya Allah....itu sahaja yg mampu ku katakan...
Keesokkan harinya aq mulai batuk berdarah....keluarga mulai datang dan menangis melihat keadaanku....aq redha....keesokkan harinya Doktor memberitahuku 1 berita buruk,tiub yg di masukkan terpaksa di tarik sedikit keluar kerana terkena ke jantung ku yg mampu membunuhku....malamnya doktor mengeluarkan sedikit tiub tersebut...sekali lagi aq menanggung kesakitan...aq terpaksa....
Kini hidupku hanya terbaring sahaja....tidak mampu berdiri,dan aku hanya mampu menggerakkan kepala dan tangan sebagai isyarat...3 hari aq murung tidak bermaya di ikuti darah yang keluar mngalir melalui tiub tersebut....hari bersilih ganti....tiba petang rabu....aq batuk teruk....di ikuti dengan darah yang keluar melaui batuk juga tiub....keadaan menjadi lebih teruk kerana batuk ku tidak berhenti sehingga lah aq muntah darah dengan begitu banyak....umi menadahkan plastik sambil menangis....abah melihat dari luar sambil mengalirkan airmata,darah makin banyak keluar,aq menangis.....umi juga menangis...kemudian secara tiba2 aq tidak dapat bernafas...ku lihat tangan dan baju umi penuh dengan darah,begitu jua katilku....ya allah...kenapa ni....doktor dan nurse berlari2 ke arahku,pelawat dan pesakit berdiri melihatku ketika umi menjerit memanggil doktor....

Aq di bawa ke tempat kecemasan,aq separuh sedar kerana aq tidak dapat bernafas...jarun bertalu-talu mencucuk tubuhku....pelbagai wayar di pasang ke tubuhku,aq di pakaikan alat bantuan penafasan....tubuhku tersa sakit sangat...jantung berdenyut laju,paru2 tersa seakan ingin berhenti....suasana menjadi dingin,gelap....dalam keadaan pandangan yg samar2 ku lihat mereka mngelilingi ku...aq hanya mampu menangis....umi....umi....aq ingin umi....di mana umi?
Mata ku makin tertutup....terdengar suara yg menyuruhku mengucap....berkali-kali....aq mulai lemah...panas’’..kemudian sejuk....ummi....ummi...fiqri da nak mati ke??fiqri mintak maaf...maaf ummi,maaf abah’’..itu yang mampu ku luahkan....pendengaranku mulai hilang....muntah darah berterusan....dalam hati aq redha jika ini akhirku,...’’ya allah’’...’’ya allah’’...itu kata yang terakhir mampu ku ucapkan sebelum semuanya menjadi gelap dan aq tidak sedarkan diri.....
Fiqri’’’......fiqri......antara dengar dengan tidak...aq membuka mataku....ku lihat ummi....abah....dan doktor berda di tepi ku......ummi menangis,abah menangis.....terasa pipi ku basah dengan airmata......ya allah....kau telah beri ku sekali lagi peluang untuk hidup’’....aq tidak mengetahui hikmahnya...tapi pasti kau telah mengaturkan yang terbaik buatku...syukur....

Setelah di selidik doktor....tiub yang di masukkan ke paru2 ku menjadi punca aq nyaris maut....kemudian ianya di cabut...kini aq mulai tersenyum....aq mampu berdiri dan berjalan...ummi tersenyum....nurse dan doktor sentiasa datang padaku untuk membuatkan aq terhibur....kini aq di kenali setiap kakitangan wad mahupun hospital semenjak peristiwa tersebut...terima kasih....
tapi....entah bila lah aq akan di benarkan pulang...


Aril_fiqri (20/03/2013)

Monday, March 18, 2013

Langkah Tercipta




Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Monday, February 25, 2013

Pasangan Hidup


Teringat umi pesan :

Dalam memilih pasangan hidup ini, jangan cari yang berharta..dan jangan pula pandang yang ada rupa saja, tapi cari yang ada agama, ada budi bahasa, tahu hormat orang tua..dari keluarga sederhana, walaupun rupa tak indah mana, sedangkan Allah ciptakan makhlukNya dengan seindah rupa..

Terima kasih umi.

kau bukan kawan aku

Manusia Hidup cuma sekali''
dan dalam sekali itu aku cuba untuk meraih setiap detik2 kegembiraan...
Tapi aku kecundang setiap kali mendekatinya....
aku tidak tahu kenapa aku dan mengapa aku??
argghhh'''...
mereka??apa yang mereka dapat...semuanya indah''..bahagia''
tapi aku???jauh tersasar dan tersisih....
bila aku ingin bahagia,bila aku menghampiri bahagia....
pasti ada yang tidak suka...kemudian mereka aibkan diri ku...mereka adakan setiap cerita yang tidak pernah aku lakukan...
padahal yang meng aibkan ku itu sendiri kawan aku membesar dari kecil...
tak sangka dan tak kuduga....aku di label sebagai pemain wanita...padahal dalam hidupku baru sekali aku betul2 bercinta...itu pun kecundang...hanya bertahan selama 2tahun''..puas aku menyalahkan diri ku...hinggalah akhirnya aku ketahui bahawa perempuan itulah sebenarnya yg mempermainkan aku...3 tahun aku menyepi...3 tahun itu juga lah aku benci PEREMPUAN.....aku sibukkan diri aku bila mana kawan2 aku sibuk bercinta bagai ''termasuk kau kawan yg mngaibkan aku...aku berci dengan perkataan couple...aku benci dengan perempuan yg gedik bagai ...aku benci dengan perempuan yg baik tapi hati hitam terukk'''...benci'''dan benci'''..

tapi aku tak pernah nak cerita...sebab aku suka berahsia...dan aku suka menipu tentang hidupku....bila kau minta pertolongan...aku bantu selagi aku boleh...tapi aku masih tak mngerti...kau masih meng aibkan aku....


kini masuk 4 tahun aku menyepi....hingga lah di takdirkan aku jumpa dengan seorang insan ni''...ntah macam mana tiba2 hati aku lerai bagai...aku cuba kuatkan ego aku untuk benci perempuan...sebab bagi aku mereka sama je...tapi aku tak boleh saat aku lihat dia....kenapa???kenapa???puas aku memaki hamun diri aku...hingga sampai satu saat''aku cuba bagi peluang pada diri aku...''fiQ...yg dah jadi tu lupa kan''...argghhhh'''hati ku berkata-kata...aku terdiam'''raut wajahnya buatkan hati aku tenang...kebencian aku hilang....sedikit demi sedikit aku cuba untuk kenal dirinya...oh''bodonya kau ni fiQ''ko bukan kenal dia pun'''kang tak pasak dapat maki kau dengan dia''....huh''pedulikan kan jer...bisik hati ku....

sehari kini seminggu,seminggu menjadi sebulan,dan sebulan berganti setahun......barulah aku dapat mengenali dirinya....
aku terasa gembira....aku menangis;'kerana aku kini tersenyum kerana hatiku cair dek perempuan,lama aku termenung....dalam hati aku berbisik''Ya Allah' aku tidak mampu melawan takdir Mu''....aku kalah dengan ego ku...Syukur waktu itu aku segembira yang aku inginkan...

tapi sayang...kau''muncul kembali...eh''...mngapa yer,,,,bila aku ingin bahagia....ada sahaja kau mng aibkan ku....
entah apa lah lagi cerita yang kau sebarkan'''....berapa banyak plak kali ni orang yg makan cerita kau tu??? Ya Allah...kenapa perlu aku yg begini....

Kegembiraan aku hilang...
hati aku luluh....aku kecewa dengan mereka yang mempercayai kata-kata kau....
kini aku kembali sendiri....
aku hilang orang yang paling aku sayang sangat...''
apa yang kau tak puas hati dengan aku???
kenapa kau nak hancurkan hidup aku???
aku tak pernah ganggu hidup kau...
aku tak pernah amik tahu hal kau??
sekali pun tak''

cukup lah....jangan ganggu hidup aku...
kalau kau nak aku menderita...''
Ya!!! aku dah cukup menderita sangat '''tahniah untuk kau...
dan kalau kau nak aku mati'''...
tunggu''...
sebab aku pun dah tak lama ni...
satu aku mintak....
kau jangan jejak kubur aku!!!

ikhlas

ARIL_FIQRI

siapakah aku??? aRil atau fiQri???

aRiL fiQri''

sebenarnya bukanlah sesiapa pun.....
bagi mereka yg kurang mngenali ku....maka merekalah yg memanggilku dengan panggilan aRil....lucu kan...itu nama ku sewaktu berada di SM TEKNIK SEGAMAT....
manakala yang memanggil ku dengan nama FIQRI adalah insah yg lebih dekat dengan ku''...paling rapat denganku....keluarga ku,jua teman rapatku....
panggilan FIQ pula adalah mereka yang bergelar sahabat bagi ku....

dan aRiL fiQri pula????itulah permulaan baru dalam hidup ku....opppss''''apa yg fiQri merepek ni???ahhahahahhaha...

Friday, February 22, 2013



Pejam celik,Pejam Celik....dah semester akhir aril rupanya...
hmmm....da macam2 yg di tempuh selama ni....
dan sekarang masuk untuk Praktikal plak''
sedihnya...Yelaa....Praktikal sorang2...

Alhamdulillah lah dapat kat IIUM''atau lbih di kenali sbgai UIA...haishhh...duduk gombak suda'''...duduk sorang2,makan sorang2,minum sorang2,tgk tv sorang2,temenung sorang2,ketawa sorang2,menangis sorang2,jalan kua bandar sorang2,memandu sorang2....hmmm....nak buat camnerrr''''da terpaksa'

tapi nasib baiklah dekat...dapatla balik pahang sesekali,harap2 la kereta aril ni x buat hal...lau tak mati la tersekat kat highway kuantan karak ni...hishhh'''

pasni...ad rezeki...sambung lagi belajar,ingat nak sambung kat UMT,tak pun kat UIA or UKM,tp tu masih lagi dalam pertimbangan keluarga...hmmm...

tak pun kalau da malas nk blajar...running perniagaan ayah jela jawapnya''...hahahhahah....


Doakan Aril yep''