satu
dua
tiga
empat

Monday, February 25, 2013

siapakah aku??? aRil atau fiQri???

aRiL fiQri''

sebenarnya bukanlah sesiapa pun.....
bagi mereka yg kurang mngenali ku....maka merekalah yg memanggilku dengan panggilan aRil....lucu kan...itu nama ku sewaktu berada di SM TEKNIK SEGAMAT....
manakala yang memanggil ku dengan nama FIQRI adalah insah yg lebih dekat dengan ku''...paling rapat denganku....keluarga ku,jua teman rapatku....
panggilan FIQ pula adalah mereka yang bergelar sahabat bagi ku....

dan aRiL fiQri pula????itulah permulaan baru dalam hidup ku....opppss''''apa yg fiQri merepek ni???ahhahahahhaha...

Friday, February 22, 2013



Pejam celik,Pejam Celik....dah semester akhir aril rupanya...
hmmm....da macam2 yg di tempuh selama ni....
dan sekarang masuk untuk Praktikal plak''
sedihnya...Yelaa....Praktikal sorang2...

Alhamdulillah lah dapat kat IIUM''atau lbih di kenali sbgai UIA...haishhh...duduk gombak suda'''...duduk sorang2,makan sorang2,minum sorang2,tgk tv sorang2,temenung sorang2,ketawa sorang2,menangis sorang2,jalan kua bandar sorang2,memandu sorang2....hmmm....nak buat camnerrr''''da terpaksa'

tapi nasib baiklah dekat...dapatla balik pahang sesekali,harap2 la kereta aril ni x buat hal...lau tak mati la tersekat kat highway kuantan karak ni...hishhh'''

pasni...ad rezeki...sambung lagi belajar,ingat nak sambung kat UMT,tak pun kat UIA or UKM,tp tu masih lagi dalam pertimbangan keluarga...hmmm...

tak pun kalau da malas nk blajar...running perniagaan ayah jela jawapnya''...hahahhahah....


Doakan Aril yep''

Monday, February 18, 2013

Seperti Dulu



Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Sunday, February 17, 2013

Wahai Si Penerima Hati ku



Hari demi hari berlalu..
aku masih lagi ketinggalan...
sambil mencantumkan setiap derai hati yang telah berkecai..
dengan harapan ianya kembali pulih''
untuk ku berikan kepada seseorang yang mampu menerimanya setelah hancur sekian lama...

wahai si penerima hati ku...aku tidak mengenali mu...aku jua tidak pernah bersua muka dengan mu...tetapi ku harap...kamu akan menerima hatiku ini dengan seikhlasnya...
Wahai si penerima hati ku...aku minta agar kamu tidak menyakitinya seperti mana ia telah tersakiti suatu tika dahulu....
Dan wahai si penerima hati ku...

Terima Kasih....Terima Kasih....
kerana kamu mahu menerima nya...


Thursday, February 14, 2013



HIDUP ini susah kita nak DUGA :
Kadang-kadang kita rasa DEKAT
dgn seseorang itu , tapi
sebenarnya JAUH .
Walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN
dia , belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI .
Mungkin kita boleh buat dia
KETAWA ,tapi kita tidak tahu apa
makna sebenar SENYUMANNYA .
Bila dia MENANGIS,kita sangka kita
dapat MEMUJUKNYA, walhal
kehadiran kita langsung TAK
DISEDARI ..

Rencah Dunia...
kita tidak akan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN sehingga sampai satu saat kita TERSUNGKUR JATUH' adakah tangan DI HULURKAN atau kita DI TINGGALKAN....

ikhlas ~AF~

Sunday, February 3, 2013

Jangan Terlalu Berharap,Nantikan Kecewa


Tak salah meletakkan harapan, 
tapi letaklah sekadarnya, 
kerana segalanya belum pasti, 
belum tentu dalam ketetapan Ilahi. 
Risau nantikan kecewa, 
nantikan sukar menerima, 
andai perkara menjadi sebaliknya. 
Namun percaya dengan janjiNya, 
itulah jalan yang sebenarnya. 
Hati itu,Iman itu, 
perlu mantap, 
agar kaki bisa berdiri, 
tabah mengharungi. 
Namun andai itulah takdirnya, 
berbahagialah wahai hati, 
tercapainya satu impian, 
termakbulnya satu doa, 
apapun yang terjadi, 
bersyukurlah, 
kerana ujian itu, 
buat insan yang Dia sayangi... 

Friday, February 1, 2013

Di Lamun Rindu




Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi
Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Mengapa kau menghilangkan dirimu
Katakanlah salahku
Sehingga kau hancurkan hidupku

Berikanlah kesempatan untuk aku menjelaskan
Agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
Tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
Kerna aku disalah mengerti


Tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
Kerna ku telah berjanji
Cinta kita kan abadi
Tak perlu kau mengkhianati
Cinta yang luhur dan murni
Di atas tohmahan orang lain

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita bersama
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu