satu
dua
tiga
empat

Thursday, January 31, 2013

Awak, Sudi Tak Maafkan Saya?



Awak...
sudi tak maafkan saya...
saya tau,awak marahkan saya...
saya tau,awak cuba bencikan saya...
saya tak kisah,mungkin itu balasan saya....

saya tak salahkan awak,mungkin semua yang jadi kat saya,dekat hati saya...ujian buat saya....atas salah saya selama ni....

maafkan diri saya,seandainya melukan hati awak,saya cuma insan biasa...yang keliru..

Awak''kalau lah saya dapat Terbang Tinggi,saya nak sangat terbang ke hujung dunia...sampailah awak betul maafkan saya...dan saya boleh balik dengan tersenyum..

kalau boleh,saya nak nyanyikan lagu ni untuk awak,tapi sayangnya....gitar saya tak sehebat gitar orang lain...lagipun awak mesti taknak dengar...tak pela...biar jer dia yang nyanyikan untuk awak''

Untuk awak--->>


Setiap apa yang berlaku
Pasti ada hikmahnya
Dan setiap apa yang terjadi
Memberi satu pengajaran
Untukku teruskan hidup ini
Yang memberiku satu makna
Akan ku tabahi semuanya
Ujian telahpun nyata
Biarpun pedih akan ku telan
Dengan wajah senyum ku
Dan ku berdoa
Agar Tuhan beriku bahagia
Maafkan diriku ini
Oh kasih
Seandainya melukakan hatimu
Janganlah dibenciku
Ku hanya insan biasa
Yang keliru
Jika lah aku dapat berterbangan tinggi
Akan ku pergi ke hujung duniaku
Maafkan diriku
Terlanjur menumpangi
Ku hanya ingin bahagia
Kembalilah padaku
Ku rayu kepadamu


Awak Terlalu Baik Buat Saya Tanpa Awak Sedar



Mungkin.....
Mungkin saya pernah di sakiti...
bukan sekali....
tapi untuk kedua kalinya...
saya cuba cari peluang,untuk perbaiki apa yang terjadi..
tapi saya tak pernah jumpa peluang itu,
mungkin bukan masanya lagi...Pernah satu ketika saya membenci segalanya,hidup seakan gelap tanpa satu pun cahaya,seminggu,sebulan,malah setahun,tapi ternyata dengan kebencian ianya tidak membawa sebarang makna....
saya mula membentuk hati...menerima segala yang tertulis di dalam takdir,

mungkin saya disakiti,
mungkin saya di khianati....
tapi sekali pun saya tidak pernah lagi untuk membenci atau menyalahkannya...kerana mungkin ianya juga berpunca dari saya....
saya tidaklah sebaik orang yang kamu kenal...malah lebih teruk lagi....mungkin kita tidak pernah bersua,kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain...
tapi saya percaya....kamu lebih baik dari apa yang mereka katakan...

bila kamu ketawa...
aku yang tenang...bukan mereka...
bila kamu menangis...
aku yang terasa...bukan mereka...
bila kamu sunyi...
aku cuba mencari waktu mendamaikan...
tapi mereka yang meraikan..
bila kamu baran..
aku cuba menjauh....
tapi bukan untuk selamanya....

bila aku meminta...
aku di tolak...
tetapi aku tetap di situ....
disitu...dan setia di situ.....

menahan segala arus yang kamu bawakan...
mendengar segala cerita yang kamu laungkan...

dan aku.....
masih di situ...
sehingga aku tiada....

maafkan ku atas segala silapku kerana singgah di hati mu....dan maafkan aku kerana telah menggurisnya....

MAAF''
ikhlas ~ AF ~

Hadis



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda :
" Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. 
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "

Tuesday, January 22, 2013

Kata Umi


Umi....
Bukan Kita Tak nak Dengar Kata Umi...
Tapi Biarlah Buat Sementara ni kita buat2 dunggu je....


Ini Kisah Ku....
sewaktu aku berbual bersama Umi ku....

Sudah-sudah la tu,tak payah nak layan sangat orang macam tu' dia tu cuma nak mainkan fiqri jer..dengar cakap umi ni,jangan fikir pasal dia..banyak lagi orang lain,tuh' kat tempat fiqri belajar pun ada kan?buat apa nak cari yg mnyeksa ke kita''..(kata Umi)

''tapi umi,kita suka dia...lagi pun kita nak sangat gembira kan dia,buat hati dia terhibur dan tersenyum,biarpun hakikatnya kita dapat rasa kita memang di permainkan dan di tipu...kita tahu  kita tak pernah jumpa dia depan-depan,tapi tak kisah la dia nk buat pe pun,lau dia betul-betul dengan niat ikhlas dia nak mainkan kita,kita terima jer,selagi dia tak aibkan diri kita...lagi pun umi pun ada kata kan,orang buat jahat balasan dia tetap akan ada,cuma bukan dari kita''...jadi biarlah...terpulang pada dia..(jawab aku)

'umi bukan apa,kesian tengok fiqri ni...umi tengok da tak macam dulu...senyum pun da jarang...janganlah macam tu...tinggalkan apa yg membawa masalah pada diri kita''jangan di sebabkan perkara tu hidup kita jadi tak bermakna'' fiqri kan masih muda....belajarlah dulu...umi tahu kawan-kawan fiqri ramai berpasang pasangan,dan dah ramai yg berkahwin....tp bg umi,seeloknya fiqri belajar dulu...kejar cita-cita tu...dan dapatkan kerja yg bagus-bagus,macam mana nak mohon kerja kat pelantar minyak kalau asyik murung jer''(sindir Umi)

''lagi pun Allah ada berfirman  “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia...(kata umi)

tapi umi kita ni bukannya baik sangat pun''...(balas aku)

itulah sebabnya umi nak fiqri jadi orang baik''....supaya nanti jodoh fiqri dengan orang yang baik akhlaknya...menjaga agamanya dan taat pada perintah Allah serta suaminya''...jadi fiqri kenalah perbaiki diri fiqri jika itu yg fiqri mahu...dan seeloknya memang itu yg sepatutnya...umi nak fiqri jadi diri fiqri yang sebelum ni''ceria,takda nak masam-masam muka,dan kalau boleh jadi yg lagi baik lah''ok!!(kata umi)

hmmm...yelaaa umi...nanti kita cuba...lagi pun bukan dia jer masalah yg kita fikirkan sekarang,umi pun tahu kan'..(balas aku)

iyer umi tahu,bab itu kita tak boleh mnyerah macam tu jer''selagi kita boleh cuba ikhtiar,kita cuba....''setiap penyakit tu kan ada ubatnya melainkan mati''(kata Umi)

(^____^) yela umi...fiqri ingat semua kata-kata umi...hihihihi...sayang sangat kat umi''

hah''..kalau da sayang tuh,nanti tolong umi tau!!(Umi menCelah)

tolong apa umi??

iskhhh'''buat-buat tanya plak...ajarkan budak-budak mngaji la''

arghhhhhh''''''''.....hadoiiii......yolaaa....yolaaa.....