satu
dua
tiga
empat

Saturday, January 7, 2012

Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta …


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..
Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?









Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?


Kredit : http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/05/jangan-tangisi-jika-cinta-itu-tidak.html








Andai kau ingin menyayangi seseorang. Klik di sini.
Yang Singkat Itu "WAKTU."
Yang Menipu Itu "DUNIA."
Yang Dekat Itu "KEMATIAN."
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU."
Yang Berat Itu "AMANAH."
Yang Sulit Itu "IKHLAS."
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA."
Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR."
Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH."
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH."
Yang Berharga Itu "IMAN."
Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI."
Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT."

Wednesday, November 23, 2011

‎...Bicara hatiku Buat Insan Bernama SAHABAT...



..SAHABAT...betapa indahnya panggilan yang tercipta untukmu...
..sering kali aQ mengungkapkannya...
Dengan nada yang paling SYAHDU untuk KAU dengari...
tiada lah masanya KAU aQ pinggirkan....tiadalah jua waktunya KAU aQ lupakan...
biarpun aQ punyai seorang insan bernama TEMAN...
Sedarkah kau selalu menjadi yang terhampir buatku...
mungkin tiadalah kau mengerti akan hatiku jua HADIRKU ...tapi sedarkah kau bahawa hadirmu....membawa seribu satu makna yang mendalam..
di saat aQ berjauhan keluarga...kaulah keluarga ku...tika aQ susah...jua aQ senang...tiadalah yang lain untuk aQ kongsikan...hanya ENGKAU wahai sahabat...

Biarpun Pernah Kau GURIS hati KECIL ku ini...HINGGA kan PERIT aQ rasakan...TIADALAH salah ku TUJU KAN padaMU...kerana KAU SAHABATKU..
SEGUNUNG KEPERCAYAAN ku sandarkan kepada MU wahai SAHABAT...utk KU SIMPAN jua KU LUAH segala ISI hati ini...
Mungkin BagiMU Ianya satu JENAKA...TAPI sedarkah KAU itulah MARUAHku...

aQ tiada MENGHARAP KEikhlasan PERSAHABATAN YANG TELUS ibarat SETIANYA siang MENANTI malam...BAHAGIANYA Bulan BErsama BINTANG..RAPATNYA bumi dengan LANGIT...tapiiii....

Bagi ku SEKADAR cukuplah kau bergelar SAHABATku...yang tiadalah MEN"AIBKAN diri ku ini tika aQ di landa MUSIBAH...DUHAI SAHABAT....

~Di ILHAMKAN Khas DARI HATI SEORANG SAHABAT~
~bY aRiL_fiQri~

hiDuP peNuh sEnGkeTa

‎....HIDUP ini susah kita nak DUGA kan..kadang-kadang kita rasa DEKAT sangat dengan SESEORANG tu,tapi sebenarnya kita JAUH..
...walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia,belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI...
...mungkin kita boleh buat dia KETAWA,tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA..
....Bila dia MENANGIS,kita sangka kita dapat MEMUJUKNYA...walhal KEHADIRAN kita LANGSUNG TAK DISENANGI...

.....RENCAH DUNIA...kita takkan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN sampai saat Kita JATUH TERSUNGKUR...adakah tangan DI HULURKAN atau kita DI TINGGALKAN.....

MOGA ALLAH RAHMATI KITA....
~aRiL_fiQri~

sEgaLaNya tEnTaNg cInta

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.


Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan



Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak,
bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka,
bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

peRaSaAn kU

Late at night, certain feeling would come and question me.
i SAD.

mungkin betul kata mak,
rasa sedih semua ni muncul sebab hati kita ni tak bersih.
banyak dosa.

bila susah, sedih, bermasalah, baru ingat Allah.
bila senang, happy, takda masalah.. selalu lupa.
Selagi kita hidup, kita masih ada peluang untuk bertaubat.
Allah sentiasa memaafkan dosa dosa kita selagi kita kembali bertaubat dan melakukan segala suruhanNya. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

ps: rasa sayu hati dengar takbir raya. entahkan dapat entahkan tidak aku mengerjakan haji, buat umrah. Jika diizin Allah, aku yakin pasti akan ke sana!

Aku nak sharpkan pemahaman dan lancarkan bacaan Quran. Nak lebih mahir dengan huruf jawi, rapat dengan AlQuran dan semoga lidah lembut kembali. InsyaAllahhh....

rEnUngKaN


"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya."
 
"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."