satu
dua
tiga
empat

Monday, May 13, 2013

SakitNya Hati Ini'


Sakit kan....
Bila kita jatuh cinta kat seseorang...
Sedangkan hati orang tu dah pun di miliki oleh orang lain'....
tapi nak buat macam mana...
itulah sandiwara Kehidupan dalam bercinta'...
“Terkadang,Allah sengaja menemukan kita dengan sesuatu yang salah sebelum ditemukan dengan yang betul kerana,apabila kita ditemukan dengan yang betul, kita dapat mengambil iktibar daripada sesuatu yang salah dahulu,ia akan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi sesuatu yang baru dan lebih menghargai kehidupan yang dikecapi sekarang dengan menjadikan ianya lebih bermakna…”

LiFE mesti kena teruskan...
tak kisahlah apa pun yang menjadi rintangan...
kerana Allah tak suka akan hamba Nya yang berputus asa'...
Dan Kehidupan Itu sendiri tidak akan bermakna jika tiadanya Ujian'..
Ibarat Dunia yang Hilang Warnanya...

Mungkin cukuplah aku sebagai insan ketiga dalam watak ni...yela...macam lagu cinta 3 segi tu...
hanya menjadi penambah watak hanya untuk memperbaiki perhubungan...
Bagus idea tu'...tapi sayangnya ia adalah satu jalan yang mungkin membebankan kelak...
"Mawar Berduri,Tercucuk Jari Bisa Tak Terasa Serta-merta".....

Tapi bagi aku...buat apa nak di benci...kalau itu da bukan hak aku...'Sesungguhnya Allah Itu Lebih Hebat Perancangan-Nya' ...Hikmah Setiap yang Berlaku Tak Siapa Yang Mengetahui"...
Aku cuma ingin berSAHABAT...'Kerana Itu Adalah Lebih Baik Daripada Bermusuh"...
Tapi ialah....hati manusia ni berubah-rubah dan sukar untuk di fahami..."Terkadang Yang Di Lihat Tak Sama Dengan Yang Di Rasa" dan "Yang Di Damba kan Tak Sama Dengan Yang Terjadi"....
Manusia ni banyak sangat yang dia impikan...macam tu jugak lah aku dulu dan sekarang....
aku nak bahagia....aku nak teman setia....tapi sayangnya.....impian tu memang nyata'...."Tapi Seringkali Hajat Yang Tak Kesampaian"
"Lumrah Hidup Ada Turun Dan Ada Naik'.....
Kita menangins meratapi semuanya pun tak baik jugak....
Besok'...Hari Lahir Dia'... hmmm...aku nak sangat jadi yang Pertama ucap selamat'..."tapi takut di balas cacian'....sebenarnya aku tak kisah pun kna maki hamun dengan dia...yang penting dia balas msj'...tu da cukup buat aku tersenyum'....hahahhah...bonggok kan aku'...eh''...ko ape tahu??

ritu berday aku...suram jer...yela takda wish pung'...selalunya dia la org pertama...ha'...kau ade?xder kan...xder??jgn jelous'....tapi skang ni xder da....lupa tu kot...atau mungkin mang tak patut amik kisah pun''....okey yg ni kau patut buat aku jelous... (-___-)'....

haishhh''...tapi yela...mcm yg aku katakan tadi...HIDUP.....Kena TERUSkan..
Bunga Bukan Sekuntum Bro'..
Mangla bkn sekuntum ngekk''...banyak giler'...
tapi masalahnya nak cari yang macam sekuntum mula2 tu la payah...LIMITED je ngokk''..

aku benci dia???mati hidup semula pun belum tentu nama dia aku boleh lupa...kecualilah aku terhantuk mane2 jd hilang ingatan'...haaa'''...
sayang dia??bodoh soalan'....ko sayang tak EX ko yg Dulunya awek ko??
dah tak payah jawap aku tau...walau "SEJUTA kali ko cuba tipu aku...ko tetap tak boleh tipu HATI ko"...
mestilah aku sayang''menggong''


dah lah...aku nak cipta dunia aku yang baru ni...yah'''...DOTA...DOTA'....LELAKI dengan GAME memang tidak boleh di pisahkan'...tapi tak kiralah sejuta kali Level ko'...Ko tetap Di GAME kan oleh PEREMPUAN...merekanlah GAMER terhebat ALAM Nyata'... Ngehx6 =P

Tuesday, April 30, 2013

MY DAY

14/05/2013...

hari yang menyedihkan.....haishh...kena p hospital lae...hampeh....baru ingat nak mintak cuti kerja nak p jejalan makan angin....sambung p cuti2 kat Pineng semula...hahahhah...rindu nak naik keta kabel...14 hari bulan ritu xsempat......cz mmborong kt jalan peneng sampai pokai duit....ha8...da la tol mahal gilo....hbis pitih aQ.......

21/05/13-22/05/2013

warghhh!!!! hospital lagi...haduh...tensen...sampai p hospital habih jadi femes....lalu je dpan nurse n doktor...'eh...fikri....sihat dah? ' adoi....saya sayang HTAA...hahahahha

25/05/2013

mungkin hari yg mnyedihkan....packing barang2,servis moto,servis keta,pos motor....

26/05/2013.....

welcome KL......n goodbye PAHANG......pindah gombak la dah...hm....

28/05/2013...

hihihihihih...beli DSL BARU..... I AM NIKON

Monday, April 22, 2013



Mengapa Memilih DERITA'
Sedangkan Bahagia Masih Boleh Di GENGGAM'
KIta Hidup Diberi Banyak Pilihan'
Cuma Kita Je Yang Tidak Pandai Dalam Memilih'

Terkadang Kita Mudah Leka'
Dalam Terlalu Ingin Memilih Kesenangan,Kebahagiaan'
Kita Tidak Sedar Kita Telah Tersalah Pilih'
Yang Kita Dapat Hanyalah Kesusahan dan Penderitaan'

~AF~

Sunday, April 21, 2013

Jika Aku Pergi

Andainya....

suatu hari nanti adalah hari terakhirku...
aku ingin memohon maaf diatas segala silapku...
terhadapmu....

seandainya....kau mendengar berita pemergianku...
bisikkanlah dalam doa yang kau telah memaafkanku...
Seandainya....kau telah memaafkanku,
ketahuilah....aku telah terdahulu memaafkanmu....
seandainya...ada apa-apa hak kau yang telah aku ambil...
maafkanku dan halalkanlah....
seteruk-teruk penyesalan ialah penyesalan di akhirat...
seteruk-teruk permintaan ialah meminta umur di panjangkan 
walaupun nyawa sedang menemui ajal....

Terima kasih ~ff~ kerana memberikanku satu pengalaman hidup yang mengagumkan......

ikhlas~aRiL_fiQri~

Doaku Jua Kamu



Ya Allah,
berikanlah yang terbaik buatku dan dirinya di dunia & di akhirat. 
Ya Allah, 
bantulah aku dan dirinya untuk beribadah dengan baiknya kepadaMU hingga ke akhir hayat..
Ya Allah, 
hanya padaMU kami berserah (bertawakkal), 
bantulah aku dan dirinya untuk lakukan yang terbaik mengikut kemampuan. 
Ya Allah, 
jadikanlah aku dan dirinya redha dengan setiap ketentuanMU kerana sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat ku dan dirinya..



~aRiL_fiQri~

Yang Indah Itu Tidak Selalu Kita Kecapi




Setiap Insan..Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, 
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan
lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,Paling berat diduga.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu,Walau serumit mana situasi kamu.Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.Bila kamu menyandar harapan padaNYA, 
DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”

Ketika kita sedih..ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
Ketika kita sakit..ketika itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
Ketika kita sunyi tanpa teman..
ketika itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan..
Dan..Ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya..
ketika itulah kita baru menyedari hakikat sebenar kehidupan 
ketika itulah kita baru menyedari apa yang benar-benar bernilai
Pada ketika itu jugalah kita menyedari bahawa mati sebenarnya bukanlah satu pengakhiran, 
tetapi ia adalah satu permulaan kepada satu kehidupan di akhirat yang kekal abadi

Ketika wajah lelah memikirkan dunia, maka BERWUDHUKLAH,
Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka BERTAKBIRLAH,
Ketika diri tidak kuasa memikul amanah, maka BERSUJUDLAH.
Ikhlaskan semua dan mendekatlah kepada ALLAH,

agar TUNDUK di saat yg lain angkuh,
agar TEGUH di saat yg lain runtuh,
agar TEGAR saat yg lain rapuh
dan SABAR di saat yg lain mengeluh.

Bila LELAH menyapa dirimu,
pejamkan mata dan bayangkan...
"Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihad..
Bila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"
Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"
Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,
bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa & marwah..
InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya

Cerita suka dan duka, kisah ria juga hiba. 
segalanya mengusik menyentuh jiwa, 
melahirkan seribu satu rasa. 
adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. 
Namun ada jua kesakitan sehingga kita tersungkur kerana kesakitan yang kita rasa

Hidup ini berliku-liku jalannya. 
adakala impian jadi kenyataan, 
namun seringkali hajat yang tak kesampaian . 
Namun usahlah buruk sangka. 
Perancangan Yang maha Esa pasti sebaik-baiknya. 
Penuh hikmah buat hamba-hambaNya.


Dalam hati bercampur baur. 
Ada banyak rasa...
terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba mengalir. 
ujian hidup selalunya membuatkan diri menjadi lemah...
terasa ingin mengalah... 
itulah lumrah kehidupan manusia biasa
Namun teruskanlah bermujahadah... jangan pernah menyerah...

Yakinlah..
Setelah kemarau panjang, hujan pasti datang... 
Setelah merasakan panasnya siang, pasti berganti dgn dinginnya malam..
Setelah sakit, pasti hadir kesembuhan..Setelah sedih, pasti muncul kebahagiaan..
Dan tentunya setelah kesulitan melanda, akan datang pula kemudahan..

Setiap musibah adalah ujian,
Allah menguji keimanan,Kesabaran didalam setiap dugaan,
Semoga tabah menghadapinya,
Setiap masalah adalah ujian,
Allah menguji kebijaksanaan,Sejauhmana kepintaran,
Setiap hamba-hambaNYA melalui dugaan... 
Allah Maha Mengetahui,Yang baik dan yang buruk,
Sekadar untuk menguji,
Adakah hamba-hambaNYA melalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan,
Melalui keimanan,Atau penuh kemarahan ,Atau melalui pintu-pintu syaitan... 


Jgn meminta agar diringankan UJIAN... 
tp berdoa agar dikuatkn iman untuk berdepan dgn ujian... 
sesungguhnya Allah sentiasa memberi Ujian pada hamba yg DIA sayang..
jgn bersedih terlalu lama andai hati kecewa... 
bisiklah pada yg Esa..
smoga dikurniakn ketabahan untuk menghadapi segala2nya..

"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,
walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, 
kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, 
tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, 
walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, 
kita tetap takkan mendapatkannya"

Bibir tersenyum... hati menangis
Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. 
Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. 
Sesekali menangis... . hati kita akan bangkit sedar 
bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. 
Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. 
Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur 
dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, 
tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, 
lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk di ujinya.

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, 
kita diberi cubaan dengan kehilangan, 
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, 
kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, 
sesungguh Dia lah pemberi segala, 
kerana segalanya kepunyaanNya. 
saat ditariknya nikmat yang ada, 
Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. 
JANGANLAH BERSEDIH, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA...InsyaAllah''


~aku menulis kerana aku jua pernah tersungkur'
lalu aku berduka kerana hati yang terluka'
tatkala tawa mulai bertukar hiba'
maka tiada yang mendampingi'
hati pula meronta-ronta ingin berkata-kata'
mengapa''
mengapa''
mengapa aku''
lalu hadir suara bisikan di telinga''
La Tahzan''La Tahzan"
InnAllaha ma'ana'
sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap isi hati hambanya''


ikhlas dari lubuk hatiku ~aRiL_fiQri~

Sunday, April 14, 2013

Aku Bukan Yang Kau Kenali



Kalau kau harap,
kau dapat kenal aku,
dengan membaca setiap tulisan aku,
kau silap....

Aku tak seindah mana,
aku buruk jiwa, penuh dosa...
Jangan kenal aku,
aku taknak tempias dosa kena pada kau....





~AF~