satu
dua
tiga
empat

Sunday, January 8, 2012

Kadang-kadang


One golden morning mist by ~chibi-banane on deviantART


Kadang-kadang...

Bukan. Bukan kadang-kadang. Dah terlalu banyak kali dalam hidup kita, kita rasa seperti waktu-waktu yang berlalu tu tak ada apa yang boleh kita isi. Rasa seperti hilang arah tuju. Rasa seperti elok sangat kalau masa tu jugak, Allah cabut nyawa kita.

"Mati lebih bagusss!!!"

Pernahkah terdetik di hati kita kata-kata ni? Pernahkah terluah dari bibir kurniaan Illahi, kata-kata seperti ini? Atau... Mungkin juga bunyinya berbeza sedikit.

"Buat ape lah aku hidup lagi...?"

"Kenapa lah hidup ni macam ni?"

"Rasanya kalau aku mati sekarang pun takpe..."

Guys... Kenapa kuat sangat kita mengeluh? Kalau di hati manusia pun rasa perit melihat, membaca dan mendengar kata-kata ni, cuba bayangkan pula macam mana Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat menghadapi hambaNya yang macam ni?

Please... Jangan kufur nikmat, masa yang terlalu banyak tu sebenarnya ada sesuatu yang boleh kita lakukan... Allah tidak -TIDAK SESEKALI- menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...

Sama-sama kita istighfar...

Wallahua'lam.

Kerana Asgment aKu tErmenung kesedihan


Hmmm...
hari ni aku tension n sedey sangat....semuanya gara2 asgmnt yg tidak seberapa...arrrggghhh''''mungkin kah aku di tipu atau aku yg cuai...Agmnt yg sepatutnya berharga rm 10 apabila print kini mnjadi rm37 ....huh....termenung aku seketika...aku dahla ada masalah kewangan...bila chek dalam atm...ada rm100 jer lagi...hmmm...mampukah aku bertahan dengan wang sebanyak itu selama 3minggu..itu belum bayar duit kelas lawatan lagi...hadoiii....time tu rasa terkilan sangat,....nak mnangis jer rasa...tapi itulah kebenaranya...yang perlu aku hadapi....Ya Allah....permudahkanlah urusan aku selama aku bergelar pelajar ni...murahkan lah rezeki ku jua kluarga ku... =(

Saturday, January 7, 2012

Bicara Hati

Memang sukar utk berbicara soal hati dan perasaan. Malah kalau dikira-kira, Cinta dan Kasih Sayang adalah perkara paling sukar untuk mendapatkannya berbanding dengan kekayaan, kecantikan, pernghormatan. Sesuatu perkara yang baik atau sesuatu benda yang baik selalunya sukar untuk didapati..Memang Agak Sulit, apabila perasaan yang sudah bicara, orang lain akan mengatakan "..Lupakan itu... dan Lupakan Ini..lihat ke depan jangan kau lihat yang ada dibelakang ... life is go on ", tapi semua yang dikatakan orang lain itu tiadalah salah... untuk kita agar kita dapat merenungi sesuatu yang telah terjadi, tapi.. ,..bagaimana dengan kita yang sedang mengalami semua ini, ?... marriage is a long term relationship and its more towards partnership, and you should really think very2 careful before u decide on anything. ok?
a)setiap manusia di jadikan berpasangan.
b) setiap niat yg. baik akan beroleh keberkatan.
c) setiap niat yg. baik di mulakan dgn. doa dan penuh keinsafan.
... ... ... ... Setiap lelaki dan wanita punya perasaan tetapi adakah niat mereka baik atau sebaliknya.

..kekadang kita anggap cinta yang pernah kita rasa bukan cinta biasa, walaupun hakikatnya cinta itu hanyalah cinta biasa. sesungguhnya kita hanya akan sedar cinta itu adalah cinta biasa bila kita benar2 menemuinya. bila?, bagaimana? dan dengan siapa?... . bukan kita yang akan menentukan. kekadang orang yang mengalaminya juga tak cukup mengerti. tetapi alhamdulillah..

anyway wish u the best . Thats what Love is ... You have to live in it... . you have to experience it to remember how alive you are with that person... . have great life together! .. Hargailah hidup yang sedia pendek ini... . Insyallah Bahagia itu milik semua! No War Love Peace... . "Andai kau bukan kekasih, namun bukan sekadar teman biasa" ... .aku redha dgn ketentuan-Nya.."i love your forever"

Kerana aku jua pernah terluka


Hari tu...
mengubah segalanya dalam hidup aku...
mungkin sebelum ni...aku gembira atas apa yang aku ada...aku ingat..semua tu akan kekal...dan aku tak kan terluka lagi...tapi ternyata aku silap...segala yang aku impikan...hancur sekelip mata...
hari yang tu...hari yang tak pernah aku duga...
hari yang tak pernah aku ketahui sebabnya...dia pergi dari hidup aku...aku terpaku seketika bila dia mngucapkannya...airmata aku merayu-rayu untuk menitis....tapi aku kuatkan jua untuk tahan semua tu...hati aku remuk seperti remuknya tin kosong yang di pijak...aku terluka lagi...dan kali ni ianya lebih menyakitkan lagi...
betulah apa yg di perkatakan...bercinta lah setinggi mana pun...tapi bila sampai satu saat di mana kita tidak di tulis jodohnya...maka menangis pun da tak berguna...
pernah sekali tu aku menangis sebab dia terlalu mngambil berat tentang aku...dan waktu tu...aku lah yg paling bahagia...aku rindu kan saat tu...aku nak saat tu semula hadir dalam hidup aku...

tapi semua tu cuma mimpi...
kini aku keseorangan...setiap hari aku hanya bersendirian melihat bintang malam...tiada teman utk menemani lagi...berkongsi segala suka jua duka...aku selalu termenung...
dan tiap kali aku terjaga....hanya perkataan faizah saja yg terucap...ya...itulah insan yg pernah mmbahagiakan aku...mbuatkan aku tersenyum walaupun aku kepiluan...
dan setiap hari jugalah gambarnya mnjadi pengubat luka aku...
aku sayang diaa...aku rindukan dia...tapi...
arrrggghhh!!!1kenapa bukan dia jodoh ku....Ya Allah....lembutkanlah hati dia untuk menerima ku kembali...aku tak sanggup...dan aku tak termampu utk hidup tanpa dia...

p/s :tu kisah hidup aku...pada korg.,..jgn lah jadi macam aku k....hope korg jaga pasangan korg baik2....pernah tak korg baca ayat ni..."kalau kita nak tahu orang tu betul cinta kita/jodoh kita...maka lepaskanlah dia...jika dia kembali...maka dia cintailah dia sebaiknya kerana dia jodoh kita...jika tidak...maka carilah yg lain...hihihihih

Cinta Adalah Warna-Warni

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah…

Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta …


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..
Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?









Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?


Kredit : http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/05/jangan-tangisi-jika-cinta-itu-tidak.html








Andai kau ingin menyayangi seseorang. Klik di sini.
Yang Singkat Itu "WAKTU."
Yang Menipu Itu "DUNIA."
Yang Dekat Itu "KEMATIAN."
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU."
Yang Berat Itu "AMANAH."
Yang Sulit Itu "IKHLAS."
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA."
Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR."
Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH."
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH."
Yang Berharga Itu "IMAN."
Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI."
Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT."